Tuesday, 31 January 2012

Baan Gong Waterfall

 Baan Gong Waterfall merupakan antara kawasan air terjun yang terdapat di kawasan MPP dan ia amat menarik sekali dikunjungi terutamanya pada hari hujung minggu dan kelepasan am. Keunikan kawasan ini adalah keindahan alam semulajadinya yang tidak terganggu. Namun, perjalanan manuju ke kawasan ini amatlah tidak selesa kerana tiada tempat pejalan kaki yang sesuai serta kemudahan awam yang lain seperti wakaf dan lain - lain lagi.

Semenggok Wildlife Centre

  Semenggok Wildlife Centre merupakan kawasan pemeliharaan binatang liar yang terdapat di kepulauan Borneo. Namun pusat ini dibuka kepada para pengunjung luar dengan sedikit bayaran masuk.
Semenggok Wildlife Centre
                   
Semenggok Wildlife Centre

Semenggok Wildlife Centre

Monday, 30 January 2012

Matang Family Park

    Kawasan rekreasi Matang Family Park adalah antara taman rekreasi yang diusahakan oleh pihak swasta dan ia dilengkapi dengan eleman landskap kejar seperti tempat permainan kanak - kanak, wakaf dan pelbagai lagi. Kawasan ini mempunyai pengurusan yang baik dan sesuai dikunjungi oleh semua peringkat umur.
Matang Family Park     

Matang Family Park





Annah Rais Longhouse

   Rumah panjang Annah Rais adalah antara produk pelancong yang menarik terdapat di kawasan MPP. Walaupun tidak terdapat elemen landskap yang menonjol di kawasan ini, namun dari segi landskap budaya ia amatlah tinggi nilainya.
Annah Rais Longhouse















Annah Rais Longhouse

Borneo Height Resort

 Borneo Height Resort pula merupakan salah satu tarikan para pengunjung ke MPP  dengan menawarkan pusat peranginan di kawasan tanah tinggi dan juga mempunyai padang  golf 18 lubang dan secara tidak lansung ia menjadikan kawasan ini mempunyai pengunjung yang terendiri.
Boeneo Height Resort
Borneo Height Resort
Padang Golf Borneo Height Resort

KAWASAN TARIKAN PELANCONG

      MPP mempunyai tempat- tempat yang begitu unik dan menarik untuk dikenalpasti sebagai kawasan tarikan pelancong luar dan dalam negeri. Kawasan tarikan pelancong di kawasan MPP meliputi pelbagai aspek dari aspek alam semula jadi, rekreasi, pendidikan, budaya, warisan, rumah ibadat dan aktiviti sukan. Ini adalah keunikan yang amay menonjol bagi kawasan MPP berbanding dengan Majlis - Majlis Pentadbiran yang lain.
Antara kawasan yang dapat dikenalpasti sebagai kawasan berpontensi adalah:
 * Borneo Highland Resort
 * Annah Rais Longhouse
 * Benuk Longhouse
 * Dunuk Longhouse
* Bisara Longhouse
* Sadir Longhouse
* Annah Rais Hot Spring
* Giam Waterfall
* Bidak Waterfall
* Baan Gong Waterfall
* Sibakar Waterfall
* Semenggok Wildlife Centre
* Jong Crocodile Farm
*  Kubah National Park
* Matang Family Park
* Berenggas Cave
* Wind Cave
* Telaga Air Waterfront 
*Kampung Timurang


Wednesday, 25 January 2012

BAHAGIAN KEINDAHAN SEKITAR DAN LANSKAP

FUNGSI UTAMA: :
  • Menyediakan, menyelenggarakan, meningkatkan, membangunkan dan mengindahkan kawasan di bawah bidang kuasa Majlis Perbandaran Padawan untuk tujuan lanskap.
 
AKTIVITI-AKTIVITI: :
  • Menyediakan, menyelenggarakan, meningkatkan dan mengindahkan kawasan lanskap.
  • Melaksanakan dan merancang projek-projek lanskap di kawasan Majlis Perbandaran Padawan.
  • Menguruskan, memperkaya dan meningkatkan kawasan lanskap.
  • Menyediakan perkhidmatan memotong dan mencantas kepada orang awam.
  • Menganjurkan kempen penanaman pokok di kawasan Majlis Perbandaran Padawan dengan penglibatan masyarakat.
  • Membangunkan taman awam yang baru, kawasan lapang, taman-taman rekreasi dan kawasan lanskap yang lain untuk tujuan lanskap.
  • Pengurusan warisan pelancongan.

Misi


                                                                         Misi
“Adalah menjadi misi Majlis untuk mempertingkatkan dan   mengekalkan kualiti kehidupan yang baik terhadap para pelanggan dengan menyediakan, menyelenggarakan dan meningkatkan infrastruktur, amenity, kemudahan awam dan memberikan perkhidmatan yang cekap, terjamin dan menepati masa.”

Visi


                                                                   Visi
                                 “Ke Arah Pembandaran Padawan
                          Yang Cekap, Bersih, Selamat Dan Makmur”